Thursday, 7 November 2013

Pada hari yang biasa khamis, aku meletakkan sebuah beg di kerusi di sebuah kelas 4sains2. Tidak seperti selalu aku selalu menuju ke kelas 4prinsip perakaunan2 di kelas aku sendiri. Tidak ada aktiviti yang menyeronokkan melainkan membuat kekacauan di kelas bersama rakan-rakan. Pagi yang sangat bosan seperti biasa selepas peperiksaan akhir tahun tamat. Inilah saat yang akan terjadi bila tamatnya periksa akhir tahun. Disaat yang membosankan aku melukis gambar kartun yang tertera di komik pada tangan Syahirah. "Elis, jom kita bertanding tengok siapa lukis paling cantik?" kata hidayah yang berhadapku di kelas 4sains2.'NATASHA' aku menteriak di koridor kelas aku apabila melihat kawanku yang sedang berada di bilik matematik. "eh, elis, jom tangkap gambar dekat luar" kata natasha yang kelihatan sangat tenang apabila sudah selesai membuat tugasan yang diberikan oleh gurunya. Lalu aku bersetuju tanpa mendapat bantahan.

Masa rehat sudah berlalu, aku bersama kawan-kawan yang lain menuju ke kelas apabila selesai sahaja makan di kantin sekolah. Tiba di kelas aku membaca sebuah novel di atas meja Amira yang bertajuk "Cinta Ini". Aku sangat keletihan lalu aku tertidur di atas meja dan bila aku tersedar Puan Rohana sudah berada di kelas itu. Puan Rohana ialah guru matematik di kelas 4sains2. Aku tersentak apabila hidayah mengejutku. Tamat sekolah pada jam 1.05 petang. Aku terdengar suara sayu yang memanggilku. Bila aku mencari suara itu aku kelihatan Ismadi dan Ideen sudah berdiri di sudut kananku. Aku tersentak apabila guru yang di idamkan oleh semua gadis di sekolah iaitu cikgu hudhairi turut berada di sudut kananku.

Aku bersama hidayah menunggu bas selama 10 minit, namun tiada kelihatan bas yang aku selalu menaiki sampai. Hidayah menyatakan ingin mengekori hairatul dan ideen ke pusat membeli belah. Aku setuju tanpa alasan. Semasa ingin mengekori mereka aku terserempak Ismadi yang tidak jauh dariku. Lalu aku meminta Ismadi untuk menamani aku dan hidayah untuk mengekori mereka. Hampir kantoi apabila kami terlalu rapat dengan mereka.

Apabila aku sampai di tempat yang ingin dituju, kami berpura-pura tidak melihat mereka dengan cara itu aku tidak dapat diketahui oleh hairatul kerana mengekori dia. Misi bersama hairatul dan ideen bersama selesai....

BERSAMBUNG

No comments:

Post a Comment