Saturday, 9 November 2013

JTC with them~

Telefon bimbit yang berada di atas meja komputer berdering dan tertera nama hidayah iaitu sahabatku. Aku mengangkat telefon itu dengan segera apabila nama itu tertera pada skrin telefon bimbit jenama CSL blueberry. "Hello, elis dah siap ke? pukul 3 aku ambik kau taw" . "OK! cepat sikit jangan lupa ambik hairatul sekali" lalu aku mematikan telefon bimbitku tanpa mendapat kata akhir dari hidayah. Tiba di JTC iaitu nama yang sangat famous bagi orang johor bahru Jucso Tebrau City, aku bersama hidayah dan hairatul menuju ke tempat panggung wayang untuk membeli tiket. Apabila ingin menuju ke tempat tersebut, sudah kelihatan ramai orang beratur untuk membeli tiket. Beratur yang panjang sehingga ke luar panggung wayang. "HARGHH! kenapa ramai sangat orang, aku ingatkan sikit, selalunya hari rabu yang paling orang datang" kata hidayah yang agak kecewa kerana terpaksa beratur panjang.
Bila tiba di kaunter membeli tiket, kami melihat abang yang berpakaian segak dengan baju uniform kerjanya dan tak peramah melayan pelanggannya. Sedikit kecewa apabila kami yang ingin membeli tiket tapi tidak ambil kisah bila kami bercakap dengan nya. Sehingga terpaksa mengulang dua kali kerana abang itu sibuk melihat orang yang berada di sebelahnya.Kami bercadang ingin menonton wayang cerita highland tower yang mendapat sambutan orang ramai di Malaysia, apabila melihat highland tower sudah sold out. Lalu kami terpaksa mengambil Insidious 2 untuk ditonton dan seat G 4,5,6 .  "sekarang baru pukul 4.15, cerita tuh start pukul 7.15, jom la pergi solat dulu" kata hidayah . "ok, jom la cepat, lepastuh pergi makan" aku memberi cadangan kepada mereka dan dipersutujui hidayah dan hairatul. Selesai solat, kami terus menuju ke foodcourt untuk membeli makanan. Pada masa itu aku membeli papa roti , hidayah dan hairatul mencari tempat duduk di foodcourt. Hampir hilang jejak mereka kerana aku tidak melihat kelibatan hidayah dan hairatul di foodcourt. Akhirnya kami berjumpa di tempat duduk yang agak jauh dari tempat membeli makanan.
Selesai makan, kami mencari tempat duduk berdekatan tempat panggung wayang. Hidayah mengeluarkan camera nikon dalam beg, lalu mengambil beberapa keping gambar buat kenangan kami bersama. Tiba-tiba terdengar suara orang ramai menjerit dan kedengaran suara orang mengunakan mikrophone yang sangat bising. Kami menuju ketempat orang ramai tersebut . Kami teruja apabila melihat Johan as'ari ,diana johor, didi dengan roslan shah berada di tempat pangung wayang tersebut. Mereka mempromotkan wayang yang berjudul "PAKU". Aku dan hidayah sangat bertuah kerana mendapat baju yang tertulis paku yang dibaling oleh para artis tersebut. Kenangan yang tidak boleh dilupakan.

Tepat jam 7.15 kami masuk ke dalam panggung wayang bilik 3. Mencari tempat duduk G 4,5,6. Hidayah mengambil tempat duduk di bahagia tengah aku terpaksa mengambil tempat duduk 6 bersebelahan lelaki cina. Muka ala ala korean dan berpakaian stylo. "Elis, baik-baik , dah lah tengok cerita hantu jangan pegang peha dia sudah" cakap ala ala perli ."Kurang ajar kau" aku sengaja meninggi suara . Akhirnya kami leraikan dengan gelak ketawa .

Selesai menonton wayang, kami menuju ke tingkat 1 untuk menunggu ayahku untuk balik. Sementara menunggu aku dan hidayah membeli ice cream yang baru diperkenalkan berharga RM3. Ice cream batang cone tetapi  berbentuk cilinder. Jam tepat pukul 10 malam, ayah aku sampai untuk mengambil aku. Sangat kepenatan kerana banyak perkara yang best ...

BERSAMBUNG










No comments:

Post a Comment