Semalam hari yang paling awkward gila gila. Cikgu Hudhairi betul betul buat aku naik gila. Ini serious. Malam sebelum aku pergi sekolah kawan semua dah cadang datang sekolah sama tapi keesokkan harinya aku datang cuma hanya 3 orang budak perempuan sahaja dalam kelas aku.
Tak ada kelas sebab masa itu budak tingkatan 5 telah menapak di kelas aku oleh sebab itu, aku dan rakan yang lain terpaksa me.. me napak di pondok buruk yang tidak lama lagi roboh di foyer. Masa itu kelas pendidikan jasmani nasib baik ada cikgu. Masa berbual , dorang semua dah menjerit nama aku. Aku terpaku disitu apabila nampak cikgu hudhairi depan aku. Aku malu sangat . Jadi aku mengambil langkah menuju ketempat Mad . Tetibe dia ada dibelakang aku tanpa aku sedari. Aku lalu mengambil langkah lagi menuju ketempat duduk asal aku semula. Beberapa minit kemudian, beliau juga mengambil langkah menuju ketempat bersebelahan dengan aku. Rasa nak meraung disitu. Semua orang dah ketawakan aku.
Roarrrr........
Walaupun kejadian tuh pantas berlalu tapi aku rasa jantung aku masih berdegup kencang sehingga sekarang.
No comments:
Post a Comment