Tuesday, 12 March 2013

Happy ending

Semalam aku main bola jaring peringkat daerah dekat Sekolah Kota Masai 2. So masa tuh cikgu cakap aku jadi pemain simpanan untuk shooter. Gembiranya masa tuh sebab jadi pemain simpanan sebab masa tuh lutut aku tak baik lagi daripada kecederaan. Then tetibe dorang semua tak setuju yang Kak Afifah jadi shooter so aku tak jadi pemain simpanan. Kembali seperti biasa aku terpaksa menerima tugasan yang sangat berat untuk mengharumkan nama sekolah.
First gama bermula pada pukul 8.30 pagi dan menang 3-1. Lupa sebenarnya nama sekolah tuh. Game kedua kalah dengan permas jaya sebab masa tuh timbul konflik antara Awin dengan semua team neetballs.Kitorang langsung tak bersemangat sebab Awin masa tuh moody giler entah tak tahu apa yang dia fikirkan sampai hilang banyak kali. Tapi nasib baik sebab Awin tak merajuk lama sangat sebab semua orang perlukan dia sebagai captain pasukan kitorang. Awin mintak maaf dengan semua orang sambil menangis masa tuh. 

Actually kitorang tak marah pun dekat dia,kotorang terima dengan baik. Memang best bila semua orang tak pentingkan diri sendiri. Game ketiga kitorang kembali dengan penuh bersemangat dan menang 4-0 dengan sekolah entah lupa lagi HAHA. 

Lepas game tuh kitorang berehat , makan tengah hari dan solat zuhur. Then game yang ke -4 bermula. Kitorang kalah 5-3. Masa tuh game terakhir bagi gelanggang 4. Memang berdebar sangat masa tuh kitorang tengah menunggu keputusan sama ada ke pringkat suku akhir ke tak. Akhirnya kitorang menang Naib Johan di gelanggang 4. Memang bangga sangat Aarghhh sebab aku dapat menjadi shooter yang hebat masa tuh.

Last-last yang paling bencinya selepas menang kitorang kena bermain sampai petang dan bermain dengan Sekolah Nusa Damai. Memang serabut kepala aku masa tuh. Dorang punya team tak pernah kalah pun. Hurrmmm... 
Masa bermain bermula, yang paling sakit hati aku 1 kali jek pegang bola dan sampai kena bantai 14-1. Memang give up giler ah. Pengalaman paling teruk bagi aku. Tapi dapat memberi pengajaran bagi aku untuk jangan terus give up.

Nama game tuh kalah mati. So dah kalah teruk terus jek balik. -_-
Bersyukur jugak lah sebab dapat menang sampai suku akhir dan paling aku gembira dapat jumpa Zakiah,Fatin Aqilla, Maisara dan paling terkejut bila dapat tahu Daniel sekolah Kota Masai 2. HAHA... memang terkejut tapi sedih sebab tak dapat jumpa dengan dia langsung. Abang dia jek dapat jumpa.

No comments:

Post a Comment