Esok akan bermula sekolah untuk 2013. Aku sekarang dah semakin membesar dah masuk tingkatan 4 pun dan aku harap dapat buang semua kenangan pahit yang aku rasa sebelum nih. Tahun 2012 memang buat aku banyak berubah dan ia semakin teruk. Tahun 2013 aku akan berubah menjadi orang yang baik,tak nak bergaduh lagi dengan abang *lol* aku selalu bergaduh dengan abang aku tapi bukan serius sekadar gaduh macam adik beradik.
Mungkin tahun ni aku tak dapat masuk kelas yang sama dengan kawan baik aku tapi mungkin ada hikmahnya dan mungkin ada kebaikannya. Takkan nak berkawan dengan dia seorang kan? mesti la nak kawan dengan orang lain pula. Tapi dia tetap kawan aku yang paling baik di dunia ni. Mungkin di kelas nanti Natasya jadi kawan baik aku satu kelas.
Walaupun mak dan ayah aku berharap sangat aku dapat masuk kelas sains macam abang aku tapi mak dan ayah still bagi semangat dekat aku untuk terus belajar bersungguh-sungguh. Cita-cita aku untuk menjadi seorang doktor sudah aku lupakan. Sekarang cita-cita yang baru untuk menjadi seorang akauntan. Jadi akautan syarikat macam pakcik aku pun boleh jugak hahaha..
Walau apapun yang berlaku aku mesti kuatkan semangat. Mesti buat dengan bersungguh-sungguh. Ramai kawan aku yang sekarang nih cita-cita mereka sudah hampir berjaya tapi aku pun nak berjaya macam dorang jugak. : ) Mungkin aku dah tak ada peluang nak jumpa hafiz selalu dah hahaha... Kamarul jugak satu kelas dengan aku.
Di tahun yang baru aku akan tinggalkan 'facebook' dan 'twitter' buat sementara waktu. Tapi blog aku akan update jugak bila ada waktu lapang. Sebab aku jadi lemah juga salah satu darinya sebab seorang lelaki. Aku abaikan pelajaran sebab lelaki. Memang tuh salah aku leka layan dia dan selalu membazirkan kredit hanfone.
T_T memang membosankan bila mesej dengan dia.
Jadi aku akan terus berusaha untuk berjaya dan benda wajib mesti dilaksanakan.
:D
No comments:
Post a Comment