Tuesday 11 November 2014

Wednesday 14 May 2014

Story hari ini punya.

Memang awkward gila la kalau berhadapan dengan islah, sebenarnya aku nak cakap dengan dia macam kawan tapi malu tuh memang tak boleh buang la. Tadi dekat kantin aku tengah berdiri waktu tu aku nak masukkan buku dengan dalam beg masatuh islah depan aku so dia waktu tu macam ada orang tengok aku 7 saat kot haha, tetibe rasa macam lain je sekali pandang depan memeng betul ada orang tengok. Hurmmm ... aku olok2 la pandang belakang kot2 tengok orang lain mana tahu aku ni berangan, tengok belakang tak ada sesiapa bila tengok muka dia je terus dia senyum . 'Kenapa kau?' aku cakap dia terus sengih pastu sambong makan. Hurmmm... pape je lah

Lepastuh time study PA dekat library , hairatul anisa jadi cikgu kitorang hari ni . Ada hazirah, amira aka Mek dengan adila. Memang best gila dengan aku ni dah la anyyoing gila bila dengan girlss girlss ni. Lepas tuh semua berebut nak cakap dengan hairatul sampai aku nak tanya soalan kena tunggu lama... yang si Mek ni asyik cakap tak henti sampai fade up aku dibuatnya hurmmm haha...
Adila pulak asyik salah je ,, aku dengan stresss gila buat 2 dengkur shit la haha..
Kalau natasha ada mesti best tapi bila natasha dengan islah aku tak ada peluang nak cakap pun dengan islah hurmmm.... haha jelous ye kak. Last study tadi semua cakap tak betul, aku cakap dengan tersasul ,si hairatul cakap sebutan pelat haha semua cakap dah macam keling haha best betul hari ni dapat ilmu dengan moment best... Oh lupa nak tulis masa dekat surau nak tunggu adila bersiap, kitorang tunggu dia dekat tangga masatuh ustaz talha ,papa farouk eh haha habis solat. Papa farouk cakap asal tak balik lagi ni, hazirah cakap nak belajar PA tambah dengan mek esok pekse pa. Pastu ustaz cakap Pa ni mudah je guna kalkulator je, yang si hairatul hurmmm gelak2  cikgu farouk pun gelak... ustaz cakap kalau cikgu farouk tak de ustaz yang ganti haha berdekak time tuh... haha
 Balik rumah je kepala dah pening2 singgah kedai gi beli air untuk tenaga xD wuuu duit ada lagi so belilah... ok la sekarang nak gi tuisyen MATH lagi 30 minit ... dah belum mandi kbye xD @>

Friday 2 May 2014

Still hope till di end

Heyyoo... peepss!!
Assalamualikum for silent readers.....


Lama tak update dekat blog ni agak ahh... baru bulan lepas dah update LOL!
Bukan nak cakap apa aku sekarang tak banyak story nak cerita semua perkara yang sama tak ada yang menarik sangat pun pasal aku ni. By the way minggu depan nak start exam mid term ok gyyeehhh! oh yeh !
Memang 50% aku belum sedia nak hadapi exam minggu depan!!! ini sebabnya, busy dengan kawad kaki kerja kursus prinsip perakaunan ceh panjang siot tulis PA je dah la, ok sambung dengan kerja kursus psv damn! banyak betul cabaran aku nak hadapi tahun ni dan paling ngeri SPM tinggal seratus lebih hari je.

But still ada masa aku nak bukak wifi bukak twitter haishhh . Sebenarnya bukan senang nak tinggalkan perangai lama ni haha *lawak hambar* Tapi its ok , tanamkan semangat nak berjaya" Bak kata orang kita kena mengikut arus , jika kita patut menghadapi rintangan ni kita kena ikut" sebab dah sampai masanya untuk bersusah. Buat apa yang patut dan utamakan perkara yang utama . Jangan sesekali mengalah dan jangan merasakan kegagalan itu sebagai beban malah jadikan sebagai halangan untuk memperoleh sesuatu yang berharga.*pesan dekat diri sendiri sekali* Keajaiban akan berlaku sekiranya anda percaya
Untitled

And last semoga anda berjaya dalam apapun bidang yang anda ceburi :) nah bunga @>

Thursday 17 April 2014

Masa balik dari sekolah aku nampak semua orang balik berpasangan sedangkan aku keseorangan. Memang rasa sedih bila kita keseorangan ni. Dah la masa last period sekolah Mad tinggi suara dengan aku semua orang pandang aku macam aku ni jahat,,,,, Aku nak munasabah balik diri aku . Mungkin ada sebab kenapa aku bersedih hari ni

Thursday 9 January 2014

Follow on Instagram ( ursula_xo ) please ily you all <3 
Secara physically and mentally aku dah sedia nak hadapi cabaranpada tahun ini. Aku perlu menambahkan lagi segala ilmu untuk aku berjuang ke pedan perang sebenar aku. SPM akan menjelang tidak lama lagi dengan berbekalkan ilmu, dan doa akan aku lalui semua itu nanti. Cita-cita aku tidak akan aku lupa akan tetapi ia satu penaik semangatku untuk terus berjuang hanya satu tujuan.

Saturday 9 November 2013

JTC with them~

Telefon bimbit yang berada di atas meja komputer berdering dan tertera nama hidayah iaitu sahabatku. Aku mengangkat telefon itu dengan segera apabila nama itu tertera pada skrin telefon bimbit jenama CSL blueberry. "Hello, elis dah siap ke? pukul 3 aku ambik kau taw" . "OK! cepat sikit jangan lupa ambik hairatul sekali" lalu aku mematikan telefon bimbitku tanpa mendapat kata akhir dari hidayah. Tiba di JTC iaitu nama yang sangat famous bagi orang johor bahru Jucso Tebrau City, aku bersama hidayah dan hairatul menuju ke tempat panggung wayang untuk membeli tiket. Apabila ingin menuju ke tempat tersebut, sudah kelihatan ramai orang beratur untuk membeli tiket. Beratur yang panjang sehingga ke luar panggung wayang. "HARGHH! kenapa ramai sangat orang, aku ingatkan sikit, selalunya hari rabu yang paling orang datang" kata hidayah yang agak kecewa kerana terpaksa beratur panjang.
Bila tiba di kaunter membeli tiket, kami melihat abang yang berpakaian segak dengan baju uniform kerjanya dan tak peramah melayan pelanggannya. Sedikit kecewa apabila kami yang ingin membeli tiket tapi tidak ambil kisah bila kami bercakap dengan nya. Sehingga terpaksa mengulang dua kali kerana abang itu sibuk melihat orang yang berada di sebelahnya.Kami bercadang ingin menonton wayang cerita highland tower yang mendapat sambutan orang ramai di Malaysia, apabila melihat highland tower sudah sold out. Lalu kami terpaksa mengambil Insidious 2 untuk ditonton dan seat G 4,5,6 .  "sekarang baru pukul 4.15, cerita tuh start pukul 7.15, jom la pergi solat dulu" kata hidayah . "ok, jom la cepat, lepastuh pergi makan" aku memberi cadangan kepada mereka dan dipersutujui hidayah dan hairatul. Selesai solat, kami terus menuju ke foodcourt untuk membeli makanan. Pada masa itu aku membeli papa roti , hidayah dan hairatul mencari tempat duduk di foodcourt. Hampir hilang jejak mereka kerana aku tidak melihat kelibatan hidayah dan hairatul di foodcourt. Akhirnya kami berjumpa di tempat duduk yang agak jauh dari tempat membeli makanan.
Selesai makan, kami mencari tempat duduk berdekatan tempat panggung wayang. Hidayah mengeluarkan camera nikon dalam beg, lalu mengambil beberapa keping gambar buat kenangan kami bersama. Tiba-tiba terdengar suara orang ramai menjerit dan kedengaran suara orang mengunakan mikrophone yang sangat bising. Kami menuju ketempat orang ramai tersebut . Kami teruja apabila melihat Johan as'ari ,diana johor, didi dengan roslan shah berada di tempat pangung wayang tersebut. Mereka mempromotkan wayang yang berjudul "PAKU". Aku dan hidayah sangat bertuah kerana mendapat baju yang tertulis paku yang dibaling oleh para artis tersebut. Kenangan yang tidak boleh dilupakan.

Tepat jam 7.15 kami masuk ke dalam panggung wayang bilik 3. Mencari tempat duduk G 4,5,6. Hidayah mengambil tempat duduk di bahagia tengah aku terpaksa mengambil tempat duduk 6 bersebelahan lelaki cina. Muka ala ala korean dan berpakaian stylo. "Elis, baik-baik , dah lah tengok cerita hantu jangan pegang peha dia sudah" cakap ala ala perli ."Kurang ajar kau" aku sengaja meninggi suara . Akhirnya kami leraikan dengan gelak ketawa .

Selesai menonton wayang, kami menuju ke tingkat 1 untuk menunggu ayahku untuk balik. Sementara menunggu aku dan hidayah membeli ice cream yang baru diperkenalkan berharga RM3. Ice cream batang cone tetapi  berbentuk cilinder. Jam tepat pukul 10 malam, ayah aku sampai untuk mengambil aku. Sangat kepenatan kerana banyak perkara yang best ...

BERSAMBUNG